Profil Sekolah

Sejarah MITS Sabak Bernam

             MITS Sabak Bernam mula ditubuhkan pada tahun 2013. Pengambilan pelajar pada tahun pertama adalah seramai 93 orang pelajar yang terdiri daripada 55 orang pelajar lelaki dan 38 orang pelajar perempuan. Aliran Turath dan Tahfiz adalah merupakan aliran permulaan di MITS Sabak Bernam. MITS Sabak Bernam merupakan sekolah pertama di negeri Selangor yang mempunyai aliran Turath. Kesemua pelajar Turath adalah berjantina lelaki. Pelajar dalam aliran Turath adalah seramai 18 orang sahaja manakala pelajar yang mengambil aliran Tahfiz adalah seramai 75 orang.

            Pada awal penubuhan, MITS Sabak Bernam telah beroperasi di ILDAS (Institut Latihan & Dakwah Selangor) selama 3 tahun dari 2013-2015. Pada bulan Januari 2016, MITS Sabak Bernam telah berpindah ke Bagan Terap. Jumlah terkini pelajar selepas lebih 7 tahun beroperasi adalah seramai 306 orang. Terdapat 4 orang pengetua sepanjang penubuhan MITS Sabak Bernam, iaitu mantan pengetua, Ustaz Hj. Mohd. Shukor bin Yasir, Ustaz Hj. Mohd. Ishak bin Anuar, Ustaz Safuan bin Sartu manakala pengetua terkini di MITS Sabak Bernam ialah Ustaz Mohd Rafie bin Abd Rahim.


           Dahulunya, MITS Sabak Bernam menggunakan sebahagian besar fasiliti di ILDAS tetapi kini setelah berpindah ke Bagan Terap, MITS Sabak Bernam mempunyai kemudahan yang banyak dan dapat beroperasi dengan lebih baik dan teratur.

No comments:

Post a Comment

Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Peringkat Maahad 2019

Pada 17 Mac 2019, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Peringkat Maahad Tahun 2019. Kejohanan tersebut ...