Saturday, March 30, 2019

Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Peringkat Maahad 2019

Pada 17 Mac 2019, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Peringkat Maahad Tahun 2019. Kejohanan tersebut bertempat di Kompleks Sukan Sabak Bernam. Acara tersebut dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Terdapat banyak acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah:

             1. 100 Meter
             2. 200 Meter
             3. 400 Meter
             4. 4x100 Meter
             5. 4x200 Meter
             6. Lompat Jauh
             7. Lontar Peluru
             8. Tarik Tali
             9. Perbarisan

   Acara dimulakan dengan acara balapan bagi murid perempuan. Kesemua peserta bersungguh-sungguh dalam usaha untuk mengejar kejayaan bagi firqah masing-masing. Selepas acara perempuan, peserta lelaki memulakan acara mereka pula.



Selepas itu, acara lompat jauh akhir dimulakan. Seperti acara balapan, peserta perempuan melakukan lompatan dahulu diikuti oleh pelajar lelaki.


Seterusnya, acara yang paling dinanti-nanti dan diminati semua iaitu acara tarik tali. Terdapat dua pusingan iaitu pusingan akhir dan penentuan tempat ketiga dan keempat. Untuk pusingan akhir, firqah Badar bertemu dengan firqah Khandaq. Manakala firqah Khaibar bertemu dengan firqah Uhud untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.





Akhir sekali iaitu acara perbarisan bagi setiap firqah. Acara ini dimulakan pada pukul 2.30 petang sekaaligus dijalankan serentak dengan majlis penyampaian hadiah buat para pemenang. Acara perbarisan ini dimenangi oleh firqah Khaibar.







Juara keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Peringkat Maahad 2019 adalah firqah Khaibar. Majlis bersurai pada pukul 4.30 petang.

Sekian, terima kasih.

31 Mac 2019

No comments:

Post a Comment

Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Peringkat Maahad 2019

Pada 17 Mac 2019, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Peringkat Maahad Tahun 2019. Kejohanan tersebut ...