Pada 15 Februari 2019, pihak Maahad telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Maahad 2019. Program ini diadakan untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar di samping menjaga kesihatan jasmani para pelajar. Program ini diadakan di Dewan Serbaguna Bagan Terap. Sebanyak 4 kategori yang dipertandingkan iaitu:-
1. Lelaki bawah 18 tahun (L1)
2. Lelaki bawah 15 tahun (L2)
3. Perempuan bawah 18 tahun (P1)
4. Perempuan bawah 15 tahun (P2)
Sebanyak 40 hadiah dipertandingkan iaitu tempat pertama hingga kesepuluh bagi setiap kategori. Hadiah berupa medal dan sijil bagi setiap pemenang.
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan acara regangan di dataran stesen bas. Setiap pelajar dibahagikan mengikut firqah masing-masing. Acara tersebut diketuai oleh Muhammad Zaidan Hanif dari kelas 4 Jazari.
Pada pukul 7.30 pagi, semua pelajar berjalan kaki dari MITS Sabak Bernam ke Dewan Serbaguna Bagan Terap mengikut firqah sambil diawasi oleh guru-guru yang bertugas. Perjalanan tersebut mengambil masa 20 minit.
Seusai sahaja pelajar terakhir sampai di Dewan Serbaguna Bagan Terap, mereka diberi taklimat dan penerangan oleh Ustaz Muhammad Hilmi bin Said. Para pelajar diberitahu tentang laluan, jarak dan masa yang akan dilalui oleh setiap peserta.
Selepas taklimat diberikan, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Maahad dimulakan dengan peserta bagi kategori L1 diikuti oleh peserta L2.
Selepas itu, para pelajar bagi kategori P1 dan P2 memulakan larian bagi mengejar 1 objektif yang sama iaitu untuk bergelar juara bagi setiap kategori masing-masing.
Kesemua peserta menghabiskan larian pada pukul 10.30 pagi.
Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu oleh setiap peserta menampakkan dirinya iaitu acara penyampaian hadiah buat para pemenang. Acara ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua MITS Sabak Bernam, Tuan Haji Mohd Rafiee bin Abd Rahim. Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi kategori L1. Berikut adalah senarai johan bagi setiap kategori:
L1: Muhammad Siddiq bin Sarafi
L2: Amin Iskandar bin Sheikh Ismail
P1: Adeebah binti Ismail
P2; Aina Najwa binti Mohamad
Johan bagi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Maahad 2019 ialah Firqah
Khaibar.
Selepas acara penyampaian hadiah, maka tamatlah Kejohanan Merentas Desa Peringkat Maahad 2019, kesemua pelajar pulang ke MITS Sabak Bernam dengan teratur dan diawasi oleh guru yang bertugas.
Daripada kejohanan ini, kita dapat menjaga kesihatan jasmani dan rohani di samping dapat mengadakan persaingan sihat di antara satu firqah dengan satu firqah yang lain.
Sekian sahaja,
Terima Kasih 31 Mac 2019